Dato Mohd Rafique Bersara Setelah 40 Tahun Tabur Bakti
Subang Jaya, 3 Mei 2019 – Setelah lebih 40 tahun menabur bakti dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU), DCP Dato’ Mohd Rafique Ramli Ariffin akan bersara wajib mulai 6 Mei ini.
Dato’ Mohd Rafique Ramli Ariffin yang merupakan Jurulatih Kapal Terbang pertama PGU menyerahkan tugasnya kepada Komander PGU Pangkalan Semenanjung, SAC Nasarudin Abdul Mubin dengan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Utama PGU Pangkalan Semenanjung, dekat sini, petang semalam.
Menyingkap kembali sejarah beliau bersama pasukan, Dato’ Mohd Rafique telah memulakan karier kepolisannya pada tanggal 11 Mei 1980 sebagai Inspektor Percubaan.
Selain menjalankan tugas sebagai Juruterbang Operasional, beliau juga adalah seorang Pegawai Pemeriksa Juruterbang yang bertauliah dan diiktirafkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.
Berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang aeronautik, Dato' Mohd Rafique telah diberikan kepercayaan untuk terlibat secara langsung di dalam Biro Siasatan Kemalangan Udara bagi menjalankan siasatan kes kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370.
Pada tanggal 17 Julai 2014, beliau sekali lagi terlibat dalam Biro Siasatan Kemalangan Udara iaitu ketika misi mencari dan mendapatkan Perakam Suara dan Perakam Data Penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, mengorbankan 283 orang penumpang dan 15 orang anak kapal.
Turut diadakan juga Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PGU di antara Datin Sanita Kelazan dan Puan Norhainah Anuar dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.
Terdahulu di sebelah pagi, Dato’ Mohd Rafique diberi penghormatan memeriksa barisan kawalan kehormatan dalam Perbarisan Khas di Padang Kawad PGU Subang.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), DCP Dato’ Zulkifli Salleh, Komander-komander PGU, pegawai-pegawai kanan PDRM dan ahli-ahli PERKEP.
Dato’ Mohd Rafique Ramli Ariffin menyerahkan tugasnya kepada Komander PGU Pangkalan Semenanjung, SAC Nasarudin Abdul Mubin dengan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Utama PGU Pangkalan Semenanjung, dekat sini, petang tadi.
Sekitar Perbarisan Khas di Padang Kawad PGU Subang pada hari ini.
Sekitar perbarisan pada hari ini.
Dato’ Mohd Rafique diberi penghormatan memeriksa barisan kawalan kehormatan dalam Perbarisan Khas di Padang Kawad PGU Subang pada hari ini.
Majlis di sebelah petang: Ketibaan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Sesi menandatangani buku pelawat oleh DCP Dato’ Mohd Rafique Ramli Ariffin.
Ucapan daripada CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Ucapan daripada yang diraikan, Dato’ Mohd Rafique Ramli Ariffin.
Sesi menandatangani dokumen serah serah terima tugas di antara Dato’ Mohd Rafique Ramli Ariffin dan SAC Nasarudin Abdul Mubin dengan disaksikan oleh Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sekitar sesi Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PGU di antara Datin Sanita Kelazan dan Puan Norhainah Anuar dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Sesi bergambar kenangan.
Sesi bergambar kenangan.
Sesi bergambar kenangan.
Sesi bergambar kenangan.