Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Hj Baharuddin Jalani Persaraan Wajib Akhiri 38 Tahun Perkhidmatan Cemerlang

Diterbitkan: 06 Feb 2026 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 6 Februari 2026 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini berhimpun bagi menyaksikan Majlis Paluan Berundur sempena persaraan wajib Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) MKN, Jabatan Perdana Menteri (JPM), CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad yang berlangsung di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-hj-baharuddin-jalani-persaraan-wajib-akhiri-38-tahun-perkhidmatan-cemerlang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:50 MYT
Kuala Lumpur, 6 Februari 2026 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini berhimpun bagi menyaksikan Majlis Paluan Berundur sempena persaraan wajib Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) MKN, Jabatan Perdana Menteri (JPM), CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad yang berlangsung di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.

Beliau yang akan menamatkan perkhidmatan secara rasmi pada 11 Februari depan hadir diiringi isteri tercinta, Datin Hasimah Yon Abdul Latif. Ketibaan beliau disambut mesra oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Turut memeriahkan majlis ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan barisan Pengarah PDRM.

Menyingkap perjalanan kerjaya, Dato’ Hj. Baharuddin yang merupakan anak kelahiran Alor Gajah, Melaka telah mencurahkan bakti selama 38 tahun dalam perkhidmatan awam. Beliau memulakan langkah awal dalam PDRM sebagai Pelatih Inspektor di PULAPOL Kuala Lumpur pada 28 Februari 1988.

Sepanjang berkhidmat dalam Cawangan Khas, beliau memegang pelbagai jawatan strategik dan berprofil tinggi, antaranya Timbalan Ketua Cawangan Khas I Kontinjen Terengganu, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kedah, Penolong Pengarah Bahagian E4 Cawangan Khas Bukit Aman serta Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu seterusnya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman pada 15 Ogos 2022 sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas pada 27 September 2022.

Beliau kemudiannya menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) MKN, JPM mulai 10 April 2023, sekali gus meneruskan khidmat bakti di peringkat strategik keselamatan negara.

Sepanjang memegang jawatan tersebut, Dato’ Hj. Baharuddin terlibat secara langsung dalam penggubalan dan penyelarasan dasar keselamatan negara, perancangan program pembangunan, penentuan strategi pelaksanaan serta penyediaan peraturan dan arahan berkaitan keselamatan strategik negara.

Dalam majlis penuh bermakna tadi, Dato’ Hj. Baharuddin turut diberi penghormatan istimewa sebagai "guest conductor" bagi memimpin Pancaragam Pusat PDRM yang diketuai oleh Superintenden Mohd Fazilah Mohamad Noor, dibantu DSP Mesmoro Edward, menerusi persembahan lagu “Salam Terakhir”.

Majlis seterusnya diakhiri dengan deklamasi sajak bertajuk “Di Hujung Sumpah Setia” yang disampaikan oleh Pegawai Tadbir Diplomatik, Tuan Mohd Husaini Mohd Rofi, sekali gus menyentuh perasaan para hadirin.

Bagi pihak seluruh warga PDRM, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan atas segala jasa, pengorbanan dan bakti yang telah dicurahkan oleh Dato’ Hj. Baharuddin sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga Dato’ Hj. Baharuddin bersama seisi keluarga sentiasa dikurniakan aafiyah, rahmah dan barakah serta dilimpahi kesejahteraan dan kasih sayang Allah SWT.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and jeep

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 06 Feb 2026 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM