Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dari Bukit Aman Rumah Selamat Ke Destinasi Pun Selamat

Published: 11 Jul 2015 6.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan tindakan penguatkuasaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya musim perayaan melalui Op Selamat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dari-bukit-aman-rumah-selamat-ke-destinasi-pun-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:19 MYT


Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan tindakan penguatkuasaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya musim perayaan melalui Op Selamat.

Op Selamat 7/2015 sempena Aidilfitri ini akan berjalan selama 15 hari bermula dari 10 Julai 2015 hingga 25 Julai 2015. Operasi kali ini masih mengekalkan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ di mana objektifnya adalah untuk meminimumkan kadar kemalangan jalan raya dan indeks jenayah yang membabitkan keselamatan rumah kediaman ketika musim perayaan.

Bagi mencapai objektif tersebut, petugas PDRM membabitkan semua jabatan PDRM di seluruh negara akan memberi sepenuh komitmen dalam memastikan kadar kemalangan jalan raya dapat diturunkan, lalu lintas berjalan lancar sepanjang perayaan dan kadar jenayah terutama pecah rumah dapat dibendung dan dikurangkan ke tahap yang paling minimum.

Sumber : Harian Metro

Dari Bukit Aman Rumah Selamat Ke Destinasi Pun Selamat
ArticlePublished 11 Jul 2015 6.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM