Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Polis Tahan Lapan Lelaki Seorang Wanita Dalam Serbuan

Published: 24 Jul 2015 4.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita disyaki pengedar serta penagih dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Suria Muafakat di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-polis-tahan-lapan-lelaki-seorang-wanita-dalam-serbuan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:24 MYT

Johor Bahru, 22 Julai - Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita disyaki pengedar serta penagih dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Suria Muafakat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada 10.45 pagi selepas polis bertindak atas maklumat mengenai kegiatan itu.

"Ketika ditahan, kesemua mereka sedang berada di dalam sebuah bilik dan dalam keadaan khayal," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sulaiman berkata pemeriksaan turut menemui 16 paket dadah disyaki heroin seberat 38 gram dan dua paket dadah disyaki syabu seberat 1.7 gram yang bertaburan di lantai di tengah bilik berkenaan.

Beliau berkata kesemua mereka yang merupakan penganggur itu kemudian dibawa ke balai polis untuk ujian urin dan disahkan positif terhadap dadah. - BERNAMA

ArticlePublished 24 Jul 2015 4.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM