ALOR SETAR,16 Julai 2015 – Bertempat di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sebentar tadi telah diadakan sesi sidang media oleh ACP Abd Razak Bin Md Zin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN), IPK Kedah.
Bertarikh 15 Julai 2015,lebih kurang jam 12.10 malam,sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kedah telah berjaya menangkap satu (1) lelaki di dalam kereta di kawasan Taman Sejati Sungai Petani, Kuala Muda Kedah.Hasil pemeriksaan,pihak polis menemui 20 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja berat kasar anggaran 10.4 KG yang dijumpai di bonet kereta dan 1 bungkus plastik kandungi dadah dipercayai syabu berat kasar 214.30 GM.
Kesemua dadah yang ditemui dirampas dan dianggarkan nilai pasarannya RM 44,000.00 .Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah SEK 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: PDRM Kedah