Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah 26 58kg Bernilai Rm1 5 Juta Dirampas

Diterbitkan: 28 Jul 2015 12.16 AM Dikemas kini: 02 Nov 2026 12.36 PM
Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin dan syabu dengan tertangkapnya lima lelaki dalam tiga serbuan di Bayan Lepas dan Butterworth, Selasa lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-26-58kg-bernilai-rm1-5-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 11/11/2026 01:35 MYT

PULAU PINANG – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin dan syabu dengan tertangkapnya lima lelaki dalam tiga serbuan di Bayan Lepas dan Butterworth, Selasa lalu.

Ketua Polis Negeri, Dato Wira Abd. Rahim b. Hj. Hanafi berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 9.30 pagi di Sungai Ara, polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun di sebuah rumah dan berjaya membongkar makmal dadah ekoran penemuan heroin, syabu dan bahan-bahan memproses dadah.

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2015 12.16 AMDikemas kini 02 Nov 2026 12.36 PM