Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Rasuah Polis Rm15 000 Gagal Lelaki Tempatan Dicekup Turut Miliki Rokok Seludup Bernilai Rm132 660

Published: 01 Oct 2019 11.32 AM Updated: 15 Aug 2026 7.18 PM
Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Superintenden Sanuddin Md Isa berkata, dalam Op Libas yang turut disertai oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya merampas 726 karton rokok yang disorokkan di dalam sebuah stor di kawasan rumah tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-rasuah-polis-rm15-000-gagal-lelaki-tempatan-dicekup-turut-miliki-rokok-seludup-bernilai-rm132-660
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:19 MYT

Kuching, 30 September 2019 – Seorang lelaki tempatan berjaya dicekup kerana memiliki pelbagai jenama rokok seludup bernilai RM132,660 dan cubaan untuk menyogok pegawai polis dengan menawarkan sebanyak RM15,000 dalam satu serbuan yang dilakukan oleh Cawangan Risik Batalion 10 Sri Aman , Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di sebuah rumah di Taman Mayfair, Jalan Brayun, Sri Aman kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Sibu, Superintenden Sanuddin Md Isa berkata, dalam Op Libas yang turut disertai oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya merampas 726 karton rokok yang disorokkan di dalam sebuah stor di kawasan rumah tersebut.

“Semasa pasukan tiba di lokasi, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an mengaku sebagai pemilik rumah tersebut dan hasil pemeriksaan menjumpai sejumlah karton rokok pelbagai jenis serta jenama tanpa cukai pendaftaran yang sah disorokkan di dalam stor,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Polis bertindak merampas kesemua rokok tersebut termasuk sebuah van dan wang tunai suapan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM192,660.

Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta SPRM.

Cubaan Rasuah Polis Rm15 000 Gagal Lelaki Tempatan Dicekup Turut Miliki Rokok Seludup Bernilai Rm132 660
Sumber : Borneo Post

ArticlePublished 01 Oct 2019 11.32 AMUpdated 15 Aug 2026 7.18 PM