Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cpsk Bukit Aman Bantu Anggota Bomba Alihkan Pokok Tumbang

Published: 21 Feb 2022 12.59 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kejadian pokok tumbang tersebut dilihat semasa mereka dalam perjalanan pulang selepas menyertai Pertandingan Menembak "International Practical Shooting Confederation" (IPSC) sempena Piala Pengarah KDNKA di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu di Putrajaya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cpsk-bukit-aman-bantu-anggota-bomba-alihkan-pokok-tumbang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT
Sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) Pasukan Gerak Khas (PGK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman yang diketuai oleh SAC CPSK, SAC Tuan Mohammad Azlin Hj. Sadari turut sama membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengalihkan beberapa batang pokok tumbang ekoran ribut kuat yang berlaku di Cyber Valley, Dengkil, Selangor petang tadi.

Kejadian pokok tumbang tersebut dilihat semasa mereka dalam perjalanan pulang selepas menyertai Pertandingan Menembak "International Practical Shooting Confederation" (IPSC) sempena Piala Pengarah KDNKA di Lapang Sasar Kelab Menembak Sasaran Shapadu di Putrajaya.

Prihatin dengan insiden berkenaan, Tuan Mohammad Azlin segera memberhentikan kenderaan dan mengarahkan kesemua anak buahnya untuk bersama anggota bomba mengalihkan pokok-pokok tersebut yang turut menghempap enam buah kenderaan yang diletakkan di kawasan itu.

May be an image of 5 people, people standing, tree and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, tree, outdoors and text that says 'SO BMJ6169 BMJ'

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, tree and outdoors


ArticlePublished 21 Feb 2022 12.59 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM