Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cp Dato Zamri Yahya Dahului Senarai Penerima Pingat Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Published: 06 Dec 2018 9.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 6 Disember 2018 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Zamri Yahya mendahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis bagi tahun 2018 dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cp-dato-zamri-yahya-dahului-senarai-penerima-pingat-darjah-kepahlawanan-pasukan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:13 MYT

Kuala Lumpur, 6 Disember 2018 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Zamri Yahya mendahului senarai penerima Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis bagi tahun 2018 dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, di sini, pagi tadi.

Dato' Zamri dikurniakan Pingat Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang diiringi suri baginda, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Seramai 301 pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima Pingat Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), Pingat Pahlawan Pasukan Polis (PPP), Pingat Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP) dalam satu majlis penuh adat istiadat sebentar tadi.

Kesemua pingat tersebut dikurniakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang berjuang menjaga keselamatan dan memelihara kesejahteraan negara tercinta sepanjang tempoh perkhidmatan.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah-pengarah PDRM dan pegawai kanan polis.

0S4A3803
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Zamri Yahya terima Pingat Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

0R9A9766
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Zamri Yahya terima Pingat Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

8
Sekitar menunggu ketibaan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
12
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

0S4A4342
Nyanyian lagu Negaraku.
ArticlePublished 06 Dec 2018 9.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM