Covid 19 Video Pilihan Timbalan Kpn Gesa Peserta Ijtimak Tabligh Tampil Lakukan Saringan Kesihatan
Kuala Lumpur, 23 Mac 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menggesa baki anggota jemaah tabligh yang hadir di Masjid Seri Petaling, Selangor pada akhir Februari lalu dan masih belum menjalani ujian saringan COVID-19 untuk segera berbuat demikian di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran.
Perkara itu disampaikan beliau dalam siaran Berita RTM pada jam 8.00 malam tadi.
Jelas Dato' Pahlawan Mazlan, pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap peserta yang terlibat, sama ada warganegara ataupun rakyat asing demi menjaga kesejahteraan negara.
Namun, sekiranya terdapat jemaah yang masih berdegil dan tidak mahu memberikan kerjasama, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Layari video bagi mengetahui lebih lanjut mengenai berita tersebut.
Sumber: Berita RTM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#23032020
