
Covid 19 Update Wanita Maki Polis Di Sjr Semalam Kini Direman Sehari
Kuala Lumpur 1 April 2020 – Wanita yang memaki pasukan polis dan tentera semasa sekatan jalan di Persiaran Surian di Petaling Jaya semalam direman sehari.
Mengesahkan penahanan itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihak polis akan menyiapkan kertas siasatan sebelum tindakan pendakwaan dibuat.
“Dimaklumkan bahawa wanita yang hilang sabar ketika sekatan jalan pagi semalam direman sehari.
“Kami akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk rujukan pendakwaan,” katanya.
Semalam wanita berusia 30-an itu menjerit “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!” kepada pasukan polis dan tentera yang sedang menjalan tugas di lokasi berkenaan.
Beliau yang dipercayai berang kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya akibat sekatan itu juga telah membunyikan hon hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan untuk pulang ke kediamannya.
Ekoran tindakannya itu wanita tersebut dibawa ke Balai Damansara semalam.
Tuan Ezanee ketika mengulas insiden itu berkata, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung penularan Covid-19 yang kini telah mengorbankan 43 nyawa di Malaysia.
Sumber: Malaysia Gazette
#Pray4Malaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN