Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Update Empat Penunggang Motosikal Berkonvoi Ketika Pkp Didenda Rm1 000 Penjara Tujuh Hari

Diterbitkan: 02 Apr 2020 6.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Empat penunggang motosikal yang berkonvoi dari Cheras, Kuala Lumpur ke Jelebu, Negeri Sembilan ketika larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan tujuh hari penjara oleh Mahkamah Majistret Jelebu hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-update-empat-penunggang-motosikal-berkonvoi-ketika-pkp-didenda-rm1-000-penjara-tujuh-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:56 MYT

Jelebu, 2 April 2020 - Empat penunggang motosikal yang berkonvoi dari Cheras, Kuala Lumpur ke Jelebu, Negeri Sembilan ketika larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijatuhi hukuman denda RM1,000 dan tujuh hari penjara oleh Mahkamah Majistret Jelebu hari ini.

Majistret Rahimah Rahim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Ng Kim Seang, 34; Woo Soon You, 30; Low Yen Lai, 26 dan Teoh Chun Ann, 31, selepas kesemuanya mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama pada 29 Mac jam 9.30 bertempat di Jalan Besar Titi didapati bergerak dari satu tempat lain iaitu dari Cheras, Kuala Lumpur ke Titi, Jelebu ketika perintah PKP dilaksanakan.

Oleh yang demikian, semua tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 (PPPB) yang boleh dihukum mengikut Peraturan 7 PPPB dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Rahimah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda manakala hukuman penjara dijalankan dari tarikh tertuduh ditangkap.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan empat penunggang motosikal ditangkap polis selepas berkonvoi dari Cheras ke Jelebu biarpun mengetahui PKP sedang dilaksanakan di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Update Empat Penunggang Motosikal Berkonvoi Ketika Pkp Didenda Rm1 000 Penjara Tujuh Hari
ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2020 6.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM