
Covid 19 Timbalan Kpn Titip Pesanan Buat Para Petugas Op Covid 19
Kuala Lumpur, 29 Mac 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor sempat menitipkan pesanan buat para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang tempoh pelaksanaan Op Covid-19.
Pesanan itu disampaikan semasa beliau hadir membuat tinjauan penugasan sekatan jalan raya oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur yang diketuai Inspektor Azmi Ahmad bersama enam anggota di laluan Kuala Lumpur-Kajang, petang tadi.
Dato' Pahlawan Mazlan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua 'anak buahnya' yang sentiasa sedia berkorban masa dan tenaga demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat terjamin.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN