Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Tazkirah Jumaat

Published: 20 Mar 2020 7.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Terjemahan: Daripada Abdullah bin 'Amir, bahawa Umar RA pernah keluar menuju Syam, ketika beliau sampai di daerah Sargha, beliau diberitahu bahawa negeri Syam sedang dijangkiti wabak penyakit menular, lalu Abd al-Rahman bin 'Auf RA memberitahu kepada beliau bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu mendengar wabak tersebut menjangkiti suatu negeri, maka janganlah kamu menuju ke sana, namun jika ia menjangkiti suatu negeri sedang kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar kerana lari daripadanya." (Sahih al-Bukhari)
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-tazkirah-jumaat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:48 MYT

Assalamualaikum wbth dan selamat pagi.

MENDEPANI WABAK DAN PENYAKIT MENURUT PERSPEKTIF USUL AL-FIQH

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ عُمَرَ خَرَجَ إِلَى الشَّأْمِ فَلَمَّا كَانَ بِسَرْغَ بَلَغَهُ أَنَّ الْوَبَاءَ قَدْ وَقَعَ بِالشَّأْمِ فَأَخْبَرَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Terjemahan: Daripada Abdullah bin 'Amir, bahawa Umar RA pernah keluar menuju Syam, ketika beliau sampai di daerah Sargha, beliau diberitahu bahawa negeri Syam sedang dijangkiti wabak penyakit menular, lalu Abd al-Rahman bin 'Auf RA memberitahu kepada beliau bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu mendengar wabak tersebut menjangkiti suatu negeri, maka janganlah kamu menuju ke sana, namun jika ia menjangkiti suatu negeri sedang kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar kerana lari daripadanya." (Sahih al-Bukhari)

Ibrah dan Irsyad:

1. Wabak Taun (penyakit berjangkit) pernah melanda umat Islam di bawah kepimpinan Umar RA, ia sebagai suatu ujian daripada Allah SWT. Ia bukan isu berkat atau tak sesebuah kerajaan.

2. Hadith cerita tentang prinsip kuarantin. Jadi, sesiapa yang menjalani kuarantin, dilarang ke tempat yang belum dijangkiti, begitu juga sebaliknya.

3. Penting bagi seorang pemimpin mendapatkan maklumat terperinci berkaitan rakyatnya dan mendapatkan nasihat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4. Dapatkan data atau maklumat semasa bermusafir berkaitan tempat yang dituju. Zaman sekarang ada googlemap, waze dan lain-lain utk semak trafik, laluan alternatif dan sebagainya. Selain itu, hubungi orang yang dikenali di destinasi bagi mendapatkan perkhabaran yang terperinci. Ia menentukan sama ada kita ingin teruskan perjalanan atau membatalkannya.

5. Berilah nasihat kepada pemimpin dengan niat yang ikhlas dan maklumat yang benar.

6. Tawakal dan berserah diri kepada Allah SWT hendaklah diiringi dengan ikhtiar dan usaha yang bersungguh-sungguh. Tawakal tanpa ikhtiar adalah tempang, ikhtiar tanpa tawakal adalah cacat.

#TazkirahJumaat

Sumber: JAKIM-Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Image may contain: text
ArticlePublished 20 Mar 2020 7.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM