
Covid 19 Scam Alert Keratan Akhbar Pilihan Waspada Perangkap Umpan Keluar Wang Kwsp
Kuala Lumpur, 2 April 2020 - Guna panggilan telefon, hantar mesej pada aplikasi WhatsApp dan cipta laman sesawang palsu.
Itu antara taktik digunakan sindiket penipuan bagi mengumpan mangsa yang mahu mengeluarkan wang pada akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selepas beberapa jam pengumuman dibuat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin berhubung perkara itu, sudah ada pihak menyamar sebagai 'wakil' KWSP menguar-uarkan mengenai 'kaedah' pengeluaran wang berkenaan.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, DCP Dato' Saiful Azly ketika dihubungi, memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penipuan terbabit setakat ini.
"Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan telebih dahulu dengan pihak KWSP sekiranya ada laman sesawang yang menjurus kepada pihak berkenaan," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.
#Pray4Malaysia #StayHome #BeSafe
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN