Covid 19 Scam Alert Artikel Pilihan Hati Hati Scammer Cipta Laman Sesawang Mirip Milik Agensi Kerajaan Bank
Kuala Lumpur, 2 Mei 2020 - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan ‘scammer’ yang cuba memperdayakan pengguna dengan mencipta laman sosial dan laman sesawang yang mirip milik agensi kerajaan dan pihak bank.
Ketua Pegawai Operasi FOMCA, Encik T. Saravanan berkata, ‘scammer’ berkenaan menggunakan kemahiran dalam teknologi dan mencipta laman sesawang serta media sosial seakan mirip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bank untuk memperdaya pengguna yang kesempitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Para ‘scammer’ akan mencari pengguna yang rentan terutama warga emas yang terhimpit pada masa kini.
"Sehubungan itu pengguna dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang mereka terima sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon mahupun e-mel," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Ingat! Anda bertanggungjawab atas maklumat kewangan anda sendiri. Jangan percayakan sesiapa pun!
Sumber: Astro AWANI
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
