
Covid 19 Posting Pilihan Warga Polis Terengganu Dinyah Kuman Sebelum Dan Selepas Tugas Operasi
Semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu perlu melakukan semburan nyah kuman di khemah sanitasi yang disediakan di setiap daerah bermula semalam sebagai langkah perlindungan wabak Covid-19.
Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Roslee Chik berkata, khemah sanitasi itu ditempatkan di tujuh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi memastikan keselamatan 1,800 anggota yang bertugas sepanjang Op Covid-19.
“Bermula hari ini (semalam), semua anggota yang hendak memulakan atau tamat bertugas boleh melakukan nyah kuman yang bertahan selama 24 jam di khemah disediakan ini.
Sumber: Polis Terengganu
#Pray4Malaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN