Covid 19 Posting Pilihan Sembilan Sop Perlu Dipatuhi Semasa Pkpb
Beberapa sektor ekonomi dibenar untuk beroperasi semula pada 4 Mei 2020. Walau bagaimanapun, semua pihak perlu mematuhi sembilan prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam mengekang penularan wabak Covid-19.
Ikuti SOP seperti yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia demi kesejahteraan bersama.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei.
9 SOP ini perlu dipatuhi semua pihak terlibat termasuk kita sebagai pengguna.
1. Amalan jarak sosial yg selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter;
2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau
menggunakan hand sanitiser;
3. Penggunaan topeng muka dan hidung (facemask);
4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis;
5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU;
6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial;
8. Menggalakkan transaksi secara atas talian (online), dan
9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN