
Covid 19 Posting Pilihan Mdn Ziarah Keluarga Allahyarham Koperal Safwan
Ipoh, 16 Mei 2020 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin telah menziarahi ahli keluarga Allahyarham Koperal Safwan Mohammad Ismail di kediaman mereka di Tanjung Rambutan, di sini, hari ini.
Dalam lawatan itu, Dato’ Seri Hamzah turut menyampaikan ucapan takziah dan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham.
Turut sama hadir ialah Ketua Polis Perak, CP Dato’ Razarudin Husain bersama Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, SAC Dato’ Pahlawan Haji Mazlan Haji Santarai.
Sumber: Polis Perak
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN