Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Posting Pilihan Kpn Titip Kata Semangat Kepada Para Petugas Sjr

Diterbitkan: 29 Apr 2020 3.06 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador telah menitipkan kata-kata semangat kepada 60 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang akan mengambil alih penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Zon Pantai Timur, bermula hari ini sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-kpn-titip-kata-semangat-kepada-para-petugas-sjr
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:04 MYT

Kuala Lumpur, 29 April 2020 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador telah menitipkan kata-kata semangat kepada 60 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang akan mengambil alih penugasan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Zon Pantai Timur, bermula hari ini sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat.

Antara pesanan beliau kepada mereka adalah supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan cekal menjalankan tanggungjawab biarpun bertugas di bulan Ramadan.

Perkara itu dinyatakan Tan Sri Abdul Hamid semasa beliau menyantuni para petugas pada sesi taklimat penugasan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin di perkarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.

Penugasan tersebut bagi menggantikan bantuan keanggotaan dari Jabatan Pengurusan serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman yang telah selesai menjalankan operasi sepanjang tempoh PKP ketiga.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

14

15


16

17

18


ArtikelDiterbitkan 29 Apr 2020 3.06 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM