Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Posting Pilihan Kp Negeri Sembilan Santuni Anggota Atm Cedera Dalam Op Covid 19

Diterbitkan: 31 Mar 2020 12.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Mohamad Mat Yusop meluangkan masa melawat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Koperal Mohd Faizal Abd Rahman yang cedera semasa terlibat dalam Op COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-posting-pilihan-kp-negeri-sembilan-santuni-anggota-atm-cedera-dalam-op-covid-19
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:56 MYT

Seremban, 31 Mac 2020 - Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Mohamad Mat Yusop meluangkan masa melawat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Koperal Mohd Faizal Abd Rahman yang cedera semasa terlibat dalam Op COVID-19.

Turut sama hadir ialah timbalannya, SAC Zakaria Che Othman dan Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd Said Ibrahim.

Anggota ATM tersebut yang bertugas di 15 RAMD Senawang mengalami kecederaan tulang belakang selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menjalankan tugas bersama Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, semalam.

Anggota berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selepas keadaan kesihatannya dilaporkan baik dan stabil.

Sumber: Polis Negeri Sembilan

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

17

16
18

ArtikelDiterbitkan 31 Mar 2020 12.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM