
Covid 19 Posting Pilihan Coway Sumbang 100 Ribu Topeng Muka Buat Petugas Pdrm
Petaling Jaya, 23 Mac 2020 - Sebanyak 100,000 topeng muka disumbangkan oleh Syarikat Coway (M) Sdn. Bhd. bagi kegunaan para petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Coway (M) Sdn. Bhd., Encik Kyle Choi Ki Ryung kepada Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLT), CP Dato' Sri Rosli Abd Rahman dalam Majlis Penerimaan Sumbangan Personal Protective Equipmet, di sini, petang tadi.
Turut sama hadir ialah Timbalan Pengarah III JLT, SAC Tuan Azizee Ismail, para pegawai kanan dan anggota PDRM.