Covid 19 Pkp Fasa Ke 2 Pgu Pantau Pergerakan Orang Ramai Di Ruang Udara Ibu Kota
Subang Jaya, 5 April 2020 - Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani wabak Covid-19 yang memasuki fasa kedua sejak 1 April lalu, diperkukuhkan lagi dengan pemantauan dari udara oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar ibu kota, malam tadi.
Tinjauan eksklusif oleh "team" Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) bersama kru PGU Pangkalan Subang itu diketuai oleh Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md. Jani selaku Kapten bersama Pembantu Juruterbang, ASP Firdaus Rosli.
Turut sama dalam helikopter jenis AgustaWestland AW139 tersebut ialah Ketua Pemeriksa Pemerhati Udara, Sub Inspektor Borahan Bejo dan Pemerhati Udara, Lans Koperal Noorhayati Md. Saat.
Helikopter yang berlepas dari Pangkalan Subang pada jam 9.00 malam tadi membuat pemantauan dari udara bermula di Cheras hingga ke Sri Petaling yang meliputi jarak sejauh 10 kilometer.
Semasa pemantauan dibuat, tidak kelihatan banyak kenderaan awam mahu pun persendirian di atas jalan raya. Ianya jelas membuktikan bahawa masyarakat mula memahami tujuan kerajaan melaksanakan PKP adalah untuk memutuskan rantaian wabak yang boleh membawa maut tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa pematuhan orang ramai terhadap PKP telah meningkat kepada 99%.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana mematuhi PKP dan lain-lain arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Sekitar penugasan pemantauan dari udara oleh Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia di sekitar ibu kota
Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md. Jani selaku Kapten dan Pembantu Juruterbang, ASP Firdaus Rosli melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas.
Antara pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pemantauan dari udara.
Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md. Jani selaku Kapten.
Pembantu Juruterbang, ASP Firdaus Rosli.
Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md. Jani menyampaikan taklimat sebelum penerbangan.
Pembantu Juruterbang, ASP Firdaus Rosli melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas.
Pemerhati Udara, Lans Koperal Noorhayati Md. Saat melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas.
Ketua Pemeriksa Pemerhati Udara, Sub Inspektor Borahan Bejo melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas.
Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md. Jani selaku Kapten melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas.
Sekitar penugasan pemantauan dari udara oleh Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia di sekitar ibu kota.