
Covid 19 Perintah Kawalan Pergerakan Vs Darurat Zaman Komunis
Mungkin segelintir dari masyarakat sudah merasakan begitu tertekan dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan pihak berkuasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Namun, tidakkah kalian sedar bahawa perintah tersebut bukanlah sewenang-wenangnya dikenakan terhadap masyarakat sebaliknya ianya untuk memastikan Malaysia dapat menangani penularan wabak Covid-19 yang boleh meragut nyawa manusia?
Ikuti pengalaman Makcik Mariam Yusoff, 93 yang menceritakan kembali perintah berkurung dilaluinya ketika zaman penjajahan Komunis, suatu ketika dahulu.
Ayuh rakyat Malaysia! Berilah kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dan pihak berkuasa sepanjang PKP ini dikuatkuasakan. Kita boleh menang melawan penularan wabak Covid-19 ini. Bersatu hati kita sebagai rakyat Malaysia.
Sumber: Harian Metro
#Pray4Malaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN