Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Pdrm Atm Senada Kawal Penularan Wabak Covid 19

Published: 06 Apr 2020 12.06 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 April 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memastikan kepentingan masyarakat dan negara terjamin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah-daerah "hotspot" jangkitan wabak Covid-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-pdrm-atm-senada-kawal-penularan-wabak-covid-19
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:54 MYT

Kuala Lumpur, 6 April 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memastikan kepentingan masyarakat dan negara terjamin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah-daerah "hotspot" jangkitan wabak Covid-19.

Perkara itu dibincangkan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dengan pertemuannya bersama Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang TUDM dan panglima ketiga-tiga cabang ATM, di Wisma Perwira, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Tan Sri Abdul Hamid juga memberi jaminan yang kedua-dua Pasukan akan turut mempertingkatkan kawalan di sempadan laut, udara dan darat bagi memastikan penularan wabak itu tidak melibatkan jangkitan rentas sempadan.

"PDRM dan ATM senada dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 dan kita akan terus meningkatkan operasi bersama untuk memastikan rantaian wabak ini diputuskan dengan efektif," tegas beliau.

Bermula 22 Mac lalu, ATM mula diatur gerak bagi membantu PDRM dalam memastikan rakyat mematuhi pelaksanaan PKP bagi membendung wabak Covid-19.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 5 people, people sitting

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor
ArticlePublished 06 Apr 2020 12.06 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM