Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan 984 Penyeludup Kecundang Jumlah Rampasan Barangan Cecah Lebih Rm68 4 Juta

Published: 24 Jan 2022 6.05 AM Updated: 15 Aug 2026 6.39 PM
Kota Bharu, 24 Januari 2022 - Seramai 984 penyeludup ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) sepanjang 2021 melalui Op Benteng Covid-19 sekali gus berjaya menumpaskan pelbagai kes jenayah rentas sempadan Malaysia - Thailand.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-984-penyeludup-kecundang-jumlah-rampasan-barangan-cecah-lebih-rm68-4-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:39 MYT
Kota Bharu, 24 Januari 2022 - Seramai 984 penyeludup ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) sepanjang 2021 melalui Op Benteng Covid-19 sekali gus berjaya menumpaskan pelbagai kes jenayah rentas sempadan Malaysia - Thailand.

Komander PGA Briged Tenggara, SAC Tuan Hasan Basri Ahmad Safar berkata, ia membabitkan 857 lelaki dan 127 wanita.

Kata beliau, majoriti penyeludup pula membabitkan warga tempatan dan sudah lama aktif dalam kegiatan haram itu.

Menurut SAC Tuan Hasan Basri, hasil penahanan itu, pihaknya mencatatkan jumlah rampasan lebih RM68.4 juta bagi 2021.

Ia hasil gabungan tenaga tiga pasukan batalion iaitu Batalion 7 PGA Kuantan, Pahang, Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Terengganu.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 2 people and text that says 'Kota Bharu ditahan Pasukan Senior dividu yang disyaki bertin- 984 PENYELUDUP KECUNDANG Jumlah rampasan bara
ArticlePublished 24 Jan 2022 6.05 AMUpdated 15 Aug 2026 6.39 PM