Covid 19 Menteri Kdn Buat Lawatan Kerja Ke Kontinjen Johor
Johor Bahru, 7 April 2020 - Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Hamzah Zainuddin, hari ini melakukan lawatan kerja rasmi Kontinjen Johor, di sini.
Dato' Sri Hamzah yang diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay turut melawat sekatan jalan raya di Danga Bay dan Bangunan Sultan Iskandar bagi melihat sendiri operasi keselamatan Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan.
Sejurus selesai, rombongan Menteri tersebut turut diberi taklimat berkaitan situasi keselamatan di negeri Johor oleh wakil agensi-agensi penguatkuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Sumber: Polis Johor
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN









