Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Awas Jangan Rakam Video Ketika Polis Menjalankan Tugas

Published: 08 Apr 2020 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 8 April 2020 - Individu yang sengaja merakam video atau mengambil gambar ketika penugasan anggota polis di sekatan jalan raya dengan niat untuk memberi persepsi negatif dalam media sosial boleh dikenakan tindakan tegas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-keratan-akhbar-pilihan-awas-jangan-rakam-video-ketika-polis-menjalankan-tugas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:18 MYT

Kuala Lumpur, 8 April 2020 - Individu yang sengaja merakam video atau mengambil gambar ketika penugasan anggota polis di sekatan jalan raya dengan niat untuk memberi persepsi negatif dalam media sosial boleh dikenakan tindakan tegas.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, perbuatan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya ingin tegaskan bahawa kehadiran anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di seluruh negara bukan suka-suka untuk menyekat pergerakan atau menyusahkan orang ramai.

"Sebaliknya mereka (anggota polis) melaksanakan satu misi yang sungguh suci dengan objektif untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19 demi keselamatan orang ramai," katanya kepada BERNAMA di Bukit Aman, di sini, baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 2 people, text

ArticlePublished 08 Apr 2020 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM