
Covid 19 Gerakmalaysia Hebahan Terkandas Di Kampung Halaman Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pkp
Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan bagi tujuan memudahkan urusan permohonan Perjalanan Antara Negeri bagi mereka yang terkandas di kampung halaman sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.
Pergerakan Perjalanan Antara Negeri diberi masa 48 jam untuk pergi dan balik semula (perjalanan dua hala), melibatkan ahli keluarga yang terkandas.
Muat turun aplikasi ini sekarang dengan kata carian GERAK MALAYSIA.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia & Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN