
Covid 19 Gerakmalaysia Hebahan Tarikh Muat Turun Versi Terkini Aplikasi Bagi Pengguna Ios
Pengguna aplikasi mudah alih Gerak Malaysia boleh mendaftar dan mengemaskini permohonan Perjalanan Antara Negeri pada 4 hingga 5 Mei 2020.
Untuk pengguna iOS, anda boleh memuat turun versi terkini dari Apple App Store pada 7 Mei 2020 untuk mendaftar dan mengemaskini perjalanan.
Sila ikuti jadual perjalanan yang telah ditetapkan untuk memudahkan pergerakan perjalanan anda.
Layari Portal Gerak Malaysia: https://www.gerakmalaysia.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan emelkan kepada: info@gerakmalaysia.gov.my jika mempunyai pertanyaan mengenai aplikasi Gerak Malaysia.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia & Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN