Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Demi Rakyat Dan Negara Seluruh Jiwa Raga Mereka Pertaruhkan

Diterbitkan: 23 Mar 2020 8.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Inilah wajah-wajah mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-demi-rakyat-dan-negara-seluruh-jiwa-raga-mereka-pertaruhkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT

Inilah wajah-wajah mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan.

Seperti kalian, mereka juga mempunyai anak, ibu, bapa, suami atau isteri yang setia menunggu kepulangan di rumah.

Namun dalam keadaan genting ini, rakyat dan negara menjadi keutamaan. Meskipun paling berisiko dijangkiti virus, tidak sedikitpun mereka mengeluh, apatah lagi mempersoalkan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Langkah pencegahan telah diambil dan selebihnya diserahkan kepada Sang Pencipta untuk berlindung. Misi mereka hanya satu - pecahkan rantaian dan hapuskan COVID-19 agar masyarakat dan negara dapat kembali aman dan sejahtera seperti biasa.

Apa pula yang kalian perlu lakukan?

Duduklah di dalam rumah dan amalkan kebersihan diri serta ahli keluarga. Itu sahaja pengorbanan anda yang mereka harapkan. Hanya itu sahaja!

Bantu dan berikanlah sepenuh kerjasama kepada para petugas barisan hadapan demi kesejahteraan kita semua. Bantulah mereka wahai rakyat Malaysia. Bantulah.

Kami Bertugas Di Tempat Kerja Untuk Anda, Anda Duduk Di Rumah Untuk Kami.

#StaySafe #StayHome #StayStrong

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#23032020

Image may contain: one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 23 Mar 2020 8.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM