Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Wanita Muat Naik Status Hina Polis Ditahan

Diterbitkan: 28 Mar 2020 10.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pendang, 28 Mac 2020 - Tindakan seorang wanita berusia 20 tahun memuat naik status menghina polis di media sosial, Facebook mengundang padah apabila dia dicekup polis malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-wanita-muat-naik-status-hina-polis-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:25 MYT

Pendang, 28 Mac 2020 - Tindakan seorang wanita berusia 20 tahun memuat naik status menghina polis di media sosial, Facebook mengundang padah apabila dia dicekup polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ditahan 11.30 malam tadi di rumahnya di kawasan Pendang.

Beliau berkata, wanita itu dikatakan marah selepas polis menasihatinya supaya pulang ke rumah ketika anggota terbabit sedang bertugas melakukan pemantauan Op Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, 9 malam tadi.

“Tangkapan terhadap wanita itu dilakukan berikutan maklumat yang diterima dari seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat dari aplikasi WhatsApp dari rakannya 10.12 malam tadi", kata beliau.

Laporan penuh di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/wanita-muat-naik-status-hina-po…

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says '11 min sebb pa aku benci polis sbb polis tu bukan Allah dgn malaikat kalau Allah dgn malaikat tapa jugak... po
ArtikelDiterbitkan 28 Mar 2020 10.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM