Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Wanita Indonesia Hina Polis Dan Tentera Ditahan

Published: 09 Apr 2020 4.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Langat, 9 April 2020 - Seorang wanita warga Indonesia ditahan polis kerana memuat naik status menjelikkan terhadap petugas keselamatan yang menjalankan penugasan Op Covid-19 di kediamannya di Taman Delima, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-wanita-indonesia-hina-polis-dan-tentera-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:52 MYT

Kuala Langat, 9 April 2020 - Seorang wanita warga Indonesia ditahan polis kerana memuat naik status menjelikkan terhadap petugas keselamatan yang menjalankan penugasan Op Covid-19 di kediamannya di Taman Delima, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Tuan Azizan Tukiman berkata, tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat kira-kira jam 7.30 petang.

"Wanita berusia 25 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat menerusi aplikasi WhatsApp daripada kenalannya.

“Kenalan pengadu memberitahu ada status bergambar yang dimuat naik dari Facebook pemilik bernama 'Jhuminten Kui Cah'e Koplak',” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan berkata, turut ditahan adalah suami kepada wanita terbabit yang juga warga Indonesia. "Semakan mendapati kedua-dua mereka berada di Malaysia secara tidak sah apabila melanggari Akta Imigresen 1959/63.

"Polis merampas telefon bimbit milik wanita terbabit untuk siasatan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, status dimuat naik wanita terbabit tular di media sosial dengan kenyataan menjelikkan dalam dialek Indonesia ketika polis dan Angkatan Tentera Malaysia menjalankan tugas pemeriksaan Op Covid-19 di Jalan Bunga Pekan, Banting.

Antara perkataan jelik itu adalah 'asu' yang membawa maksud anjing.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Wanita Indonesia Hina Polis Dan Tentera Ditahan
ArticlePublished 09 Apr 2020 4.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM