Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Tolong Beri Kerjasama Jangan Maki Hamun Polis Ismail Sabri Seru Pada Rakyat Malaysia

Published: 05 Apr 2020 11.48 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Putrajaya, 5 April 2020- Rakyat Malaysia diseru supaya memberikan kerjasama dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia khususnya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-tolong-beri-kerjasama-jangan-maki-hamun-polis-ismail-sabri-seru-pada-rakyat-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT

Putrajaya, 5 April 2020- Rakyat Malaysia diseru supaya memberikan kerjasama dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia khususnya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob memberi peringatan agar jangan sesekali orang awam cuba mengganggu tugas atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas keselamatan.

"Tolong beri kerjasama kepada pihak polis. Jangan cuba untuk menghalang tugas mereka atau memaki hamun.

“Seperti yang saya katakan bahawa ‘mood’ dari segi penguatkuasaan pihak polis telah berubah daripada menasihat kepada tegas dan kini keras.

“Saya suka nyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh pihak polis adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjaga keselamatan dan nyawa rakyat di negara ini. Jadi, pihak polis melakukan ini untuk membantu kita semua. Jadi, berilah kerjasama kepada mereka,” katanya dalam sidang media harian di sini, pada Ahad.

Bacaan lanjut di pautan http://www.astroawani.com/…/tolong-beri-kerjasama-jangan-ma…

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

ArticlePublished 05 Apr 2020 11.48 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM