
Covid 19 Artikel Pilihan Sekatan Jalan Di Lokasi Strategik Kpn
Kuala Lumpur, 5 Mei 2020 - Sekatan jalan raya tetap diadakan di beberapa lokasi strategik bagi mengawal pergerakan termasuk jika ada cubaan individu melakukan perjalanan rentas negeri tanpa alasan munasabah.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, walaupun polis kini menumpu kepada usaha penguatkuasaan pematuhan penjarakan sosial selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat namun sekatan jalan raya tidak ditutup semuanya.
Menurutnya, masih ada sekatan jalan raya di beberapa lokasi strategik di seluruh negara bertujuan untuk kawalan.
"Perlu diingatkan polis tetap akan mengambil tindakan tegas sama seperti sebelum ini mengikut peruntukan undang-undang jika ada yang melanggar arahan termasuk cubaan merentas negeri," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bacaan penuh di https://www.hmetro.com.my/…/sekatan-jalan-di-lokasi-strateg…
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN