Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Sanitasi Lokap Dibuat Setiap Hari Kpn

Published: 05 Apr 2020 7.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 April 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah melaksanakan proses pembersihan atau sanitasi terhadap semua lokap di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-sanitasi-lokap-dibuat-setiap-hari-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:30 MYT

Kuala Lumpur, 5 April 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah melaksanakan proses pembersihan atau sanitasi terhadap semua lokap di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata beliau mengeluarkan arahan kepada semua ketua polis daerah agar proses sanitasi di setiap lokap dijalankan setiap hari.

“PDRM sentiasa laksana tugas dengan mengambil kira hak asasi manusia dan semua pihak perlu faham akan tugas pihak polis,” katanya.

Sementara itu Tan Sri Abdul Hamid berkata setakat ini, 33 anggota pasukan keselamatan itu disahkan positif COVID-19, manakala kira-kira 750 ahli keluarga mereka diarahkan menjalani kuarantin.

“Seorang pegawai telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19, dan ada yang dijangkiti kerana pergi ke luar negara serta dijangkiti daripada kluster ahli tabligh,” katanya.

Tan Sri Abdul Hamid juga menjelaskan semua anggota yang bertugas menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarahkan memakai penutup hidung dan mulut serta mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

“Prosedur operasi standard (SOP) di sekatan jalan raya sudah ada, antaranya anggota yang bertugas tidak dibenarkan pegang kereta ketika bertanya serta digalakkan untuk kerap mencuci tangan,” katanya.

Ketua Polis Negara juga meminta orang ramai agar mematuhi PKP bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan, sekali gus membolehkan keadaan di negara kembali seperti sedia kala.
“PKP ini dilaksana bukan untuk menyusahkan orang ramai tetapi demi untuk keselamatan, dan semua pihak diminta faham serta patuh arahan PKP,” katanya. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673080/covid-19-sanitasi-lokap-dibuat-setiap-hari-kpn?fbclid=IwAR2zwylbk4ebGfh4v-ADm0rEnUfTOZ9jBX371lNyhbO536H5GahCYGnxxYk

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#ArtikelPilihan
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#05042020

ArticlePublished 05 Apr 2020 7.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM