Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Pkp Lelaki Iran Tengking Tolak Bahu Polis Akhirnya Ditahan Kerana Bertindak Agresif

Diterbitkan: 06 Apr 2020 2.07 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 6 Mac 2020 - Seorang lelaki warga Iran ditahan ketika sekatan jalan raya di Tol PJS 2, Petaling Jaya, Selangor, di sini semalam apabila bertindak agresif dan menengking pegawai polis yang menjalankan Op Covid-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-pkp-lelaki-iran-tengking-tolak-bahu-polis-akhirnya-ditahan-kerana-bertindak-agresif
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:39 MYT

Petaling Jaya, 6 Mac 2020 - Seorang lelaki warga Iran ditahan ketika sekatan jalan raya di Tol PJS 2, Petaling Jaya, Selangor, di sini semalam apabila bertindak agresif dan menengking pegawai polis yang menjalankan Op Covid-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakannya.

"Lelaki itu juga telah bertindak agresif dengan menolak bahu dan menengking salah seorang pegawai polis serta mengajak bergaduh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis turut menahan sembilan individu termasuk enam warga asing berusia 22 hingga 51 tahun ketika dan rondaan di sekitar Petaling Jaya semalam kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, dua lelaki warga Indonesia turut ditahan kira-kira jam 1.30 petang, hari ini di Kilometer 0.3 Lebuhraya Sprint Damansara menghala ke Tol Kayu Ara Damansara.

Tuan Nik Ezanee berkata, kesemua 12 individu yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP yang telah memasuki fasa kedua. Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah," katanya.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 06 Apr 2020 2.07 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM