Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Pkp Fasa Kedua Lebih Tegas Ketat

Diterbitkan: 31 Mar 2020 11.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.22 AM
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang dilaksanakan mulai esok akan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang mana peraturan akan diperketatkan dengan tindakan yang lebih tegas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-pkp-fasa-kedua-lebih-tegas-ketat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 12:03 MYT

Kuala Lumpur, 31 Mac 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang dilaksanakan mulai esok akan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang mana peraturan akan diperketatkan dengan tindakan yang lebih tegas.

Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKP fasa kedua tidak sama seperti fasa satu yang mana ada banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat.

"Hari ini kita adakan mesyuarat dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri seluruh negeri yang mana kita maklumkan mengenai pelaksanaan PKP fasa kedua supaya SOP baharu ini turut sama diikuti di negeri-negeri.

"Melalui SOP baharu itu juga peranan polis, tentera dan pihak berkuasa yang lain dipertingkatkan dan tindakan lebih tegas diambil ke atas rakyat sepanjang PKP ini di laksanakan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Dato' Sri Ismail Sabri berkata, semalam seramai 742 individu ditahan di sekatan jalan raya dan rondaan yang dilakukan polis dan tentera serta pihak berkuasa lain.

Katanya, jumlah tangkapan menurun berbanding 828 orang pada hari sebelumnya dan beliau berharap aliran itu akan berterusan.

"Berdasarkan laporan diperoleh kita harap aliran jumlah tangkapan ini akan berterusan dan memberi gambaran bahawa rakyat semakin sedar mengenai pematuhan setiap arahan yang ditetapkan kerajaan sepanjang pelaksanaan PKP.

“Sementara itu, sebanyak 1,547 sekatan jalan raya dilaksanakan semalam membabitkan pemeriksaan 383,488 buah kenderaan dan sebanyak 22,586 pemeriksaan mengejut.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 31 Mar 2020 11.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.22 AM