Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Pasukan Khas Ditubuh Pantau Operasi Pematuhan Pkpb

Published: 05 May 2020 11.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 5 Mei 2020 - Satu pasukan khas operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditubuhkan bagi pemantauan dan penguatkuasaan seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-pasukan-khas-ditubuh-pantau-operasi-pematuhan-pkpb
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:51 MYT

Putrajaya, 5 Mei 2020 - Satu pasukan khas operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditubuhkan bagi pemantauan dan penguatkuasaan seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 14 agensi diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat operasi tersebut.

"Antara agensi tersebut adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Bilangan anggota pasukan khas ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 05 May 2020 11.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM