Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Langgar Pkp Lelaki Lolos Sekatan Jalan Raya Ditangkap

Diterbitkan: 29 Mar 2020 3.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tawau, 29 Mac 2020 - Tindakan seorang lelaki yang meloloskan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya sia-sia apabila dia ditahan polis semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-langgar-pkp-lelaki-lolos-sekatan-jalan-raya-ditangkap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT

Tawau, 29 Mac 2020 - Tindakan seorang lelaki yang meloloskan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya sia-sia apabila dia ditahan polis semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, suspek lelaki tempatan berumur 32 tahun yang memandu kereta jenis Proton Persona melalui SJR di Kilometer 50, Jalan Tawau-Kunak.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Tuan Peter Umbuas, berkata ketika pemeriksaan dijalankan suspek memaklumkan sedang dalam perjalanan dari bandar Tawau dan mahu ke pekan Kunak.

Menurutnya, anggota keselamatan bagaimanapun mengarahkan suspek berpatah balik kerana tindakannya melanggar arahan PKP.

“Suspek enggan menuruti arahan polis, sebaliknya bertindak memecut kenderaannya menuju ke arah Kunak.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditahan kira-kira setengah jam kemudian selepas mendapat bantuan dari balai polis Kunak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

ACP Tuan Peter berkata, lelaki itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Kejadian 2020), Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967, dan Seksyen 78 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArtikelDiterbitkan 29 Mar 2020 3.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM