Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Covid 19 Artikel Pilihan Kompaun Rm1 000 Menanti Setiap Pesalah Pkp Mulai Hari Ini

Diterbitkan: 08 Apr 2020 2.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 8 April 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-kompaun-rm1-000-menanti-setiap-pesalah-pkp-mulai-hari-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT

Kuala Lumpur, 8 April 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP itu akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan.

“Kita sudah terima SOP dan arahan untuk melaksanakan kompaun itu hari ini. Borang-borang kompaun juga sudah diterima dan diedarkan ke semua kontinjen.

“Mereka yang didapati ingkar PKP akan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan.

“Jika pesalah enggan membayar kompaun, mereka boleh meminta untuk dibicarakan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai diminta supaya tidak mengambil mudah perkara itu kerana jumlah kompaun RM1,000 itu bukan nilai yang sedikit.

Artikel penuh di https://www.bharian.com.my/…/kompaun-rm1000-ingkar-pkp-mula…

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Covid 19 Artikel Pilihan Kompaun Rm1 000 Menanti Setiap Pesalah Pkp Mulai Hari Ini
ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2020 2.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM