Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Hoi Stupid Idiots Wanita Ditahan Maki Polis Di Sekatan Jalan Raya

Published: 31 Mar 2020 7.23 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Insiden mengejutkan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi sebaik sahaja wanita tersebut tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan operasi besar-besaran pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terhadap orang ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-hoi-stupid-idiots-wanita-ditahan-maki-polis-di-sekatan-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT

Petaling Jaya, 31 Mac 2020 - “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!”

Itu jeritan seorang wanita ke arah pasukan polis dan tentera yang sedang bertugas melakukan sekatan jalan raya Op Covid-19 di Persiaran Surian bersempadan Kota Damansara-Damansara pagi tadi.

Insiden mengejutkan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi sebaik sahaja wanita tersebut tiba di rumahnya selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berikutan operasi besar-besaran pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terhadap orang ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wanita yang tinggal di apartmen bersebelahan sekatan jalan raya dijalankan itu menaiki kenderaan Proton X70 berwarna putih dan membunyikan hon kereta hampir setengah jam ketika cuba mencari jalan keluar dari kesesakan ke rumahnya.

Sebaik berjaya tiba di perkarangan kediamannya, beliau memberhentikan kereta di hadapan pintu masuk apartmen sebelum menurunkan cermin pintu pemandu dan menjerit ”Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk menyusahkan orang”.

Selepas 10 minit hilang dari pandangan, wanita itu muncul semula dan dilihat berjalan ke arah polis untuk memberi penjelasan serta rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkan beliau untuk membeli barang keperluan rumah.

Namun anggota polis yang bertugas meminta kad pengenalan beliau dan terus bertindak menahannya serta diarah duduk di bawah khemah yang disediakan untuk para petugas sekatan jalan raya.

Setengah jam kemudian beliau dibawa ke balai polis Damansara untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 7(1) Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sumber: Malaysia Gazette

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 31 Mar 2020 7.23 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM