Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Covid 19 Artikel Pilihan Dua Warga Emas Daki Gunung Lambak Ditahan Ingkar Pkp

Published: 31 Mar 2020 4.12 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Tindakan dua lelaki warga emas mendaki Gunung Lambak dekat Kluang petang semalam membawa padah, apabila kedua-duanya ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/covid-19-artikel-pilihan-dua-warga-emas-daki-gunung-lambak-ditahan-ingkar-pkp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:12 MYT

Johor Bahru, 31 Mac 2020 - Tindakan dua lelaki warga emas mendaki Gunung Lambak dekat Kluang petang semalam membawa padah, apabila kedua-duanya ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Kluang, ACP Tuan Mohd Abduh Ismail, berkata lelaki berusia 64 dan 66 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 petang oleh sepasukan polis hasil daripada maklumat yang diterima.

“Ketika rondaan, pihak polis menerima maklumat terdapat dua lelaki warga tempatan sedang mendaki Gunung Lambak.

“Hasil siasatan awal kedua-duanya tidak dapat memberi alasan yang munasabah mengapa mereka berada di luar rumah ketika dalam tempoh PKP. Justeru itu, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kluang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan https://www.bharian.com.my/…/dua-warga-emas-daki-gunung-lam…

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia

ArticlePublished 31 Mar 2020 4.12 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM