
Article
Countdown Sambutan Hari Kebangsaan 2025 4 Hari Lagi
Tanggal 31 Ogos bakal tiba di mana kita bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan 2025 dengan penuh warna-warni dan jiwa merdeka.
Tanggal 31 Ogos bakal tiba di mana kita bersama-sama menyambut Hari Kebangsaan 2025 dengan penuh warna-warni dan jiwa merdeka.
Tahun ini kita meraikan di bawah tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, tanda kasih sayang, perpaduan dan kebersamaan seluruh rakyat. Inilah masanya kita hayati erti kemerdekaan dengan cara paling mudah tetapi penuh bermakna. Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga!.
Sambutan Hari Kebangsaan akan berlangsung penuh gilang-gemilang di Dataran Putrajaya bermula jam 7.00 pagi. Pelbagai kemudahan telah disediakan demi keselesaan semua. Jadi, jom datang bersama semangat patriotik yang membara!
Ayuh rakyat Malaysia! Merdeka ini kita raikan bersama. Kerana inilah tanah air kita, inilah kebanggaan kita.