Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Communitypolicingthroughsports Pdrm Komited Bantu Pembangunan Hoki Negara

Diterbitkan: 01 Aug 2019 10.15 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur, 1 Ogos 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Persatuan Hoki Polis Diraja Malaysia (PHPDRM) komited dalam merancakkan sukan hoki negara dengan penganjuran Program Pembangunan Hoki PDRM di Stadium Hoki Kompleks Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis, pertengahan Julai lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/communitypolicingthroughsports-pdrm-komited-bantu-pembangunan-hoki-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:17 MYT

Kuala Lumpur, 1 Ogos 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Persatuan Hoki Polis Diraja Malaysia (PHPDRM) komited dalam merancakkan sukan hoki negara dengan penganjuran Program Pembangunan Hoki PDRM di Stadium Hoki Kompleks Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis, pertengahan Julai lalu.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PDRM dengan kerjasama MILO Malaysia, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan Kuckreja (Grays Hockey) tersebut bertujuan memberi bimbingan serta tunjuk ajar ilmu permainan hoki kepada 140 pelajar sekolah dari seluruh negeri Perlis.

Menggunakan pendekatan "Community Policing Through Sports", program yang julung kali diadakan itu turut disertai oleh beberapa tenaga pengajar PDRM yang terdiri daripada pemain dan bekas pemain hoki kebangsaan bagi berkongsi pengalaman serta kemahiran masing-masing kepada para peserta.

Selain itu, turut diadakan pameran pencegahan jenayah oleh Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai modus operandi terkini penjenayah dan tips keselamatan yang boleh dipraktikan dalam kehidupan seharian.

Program Pembangunan Hoki PDRM ini akan diperluaskan ke setiap negeri dengan jangkaan penyertaan oleh lebih 2,000 pelajar dari seluruh negara.

PDRM juga optimis bahawa program sebegini dapat meningkatkan lagi imej positif pasukan kepada golongan belia khususnya dalam bidang sukan, peluang kerjaya dan pengetahuan berkaitan pencegahan jenayah.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and outdoor

ArtikelDiterbitkan 01 Aug 2019 10.15 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM