Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Commander S Call Kali Ke 2 Tahun 2019 Buka Tirai

Published: 26 Sep 2019 1.26 PM Updated: 15 Aug 2026 7.17 PM
Mesyuarat selama dua hari itu dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani diiringi ketiga-tiga timbalan pengarahnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/commander-s-call-kali-ke-2-tahun-2019-buka-tirai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:57 MYT

Kuching, 26 September 2019- "Commander's Call" Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bilangan 2/2019 membuka tirai mesyuarat hari ini di Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat sini.

Mesyuarat selama dua hari itu dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani diiringi ketiga-tiga timbalan pengarahnya.

Turut memenuhi agenda mesyuarat tersebut adalah slot taklimat integriti yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak, Tuan Haji Razim Mohd Noor.

Terdahulu, Dato' Sri Acryl Sani turut berbesar hati membuat lawatan kerja ke Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak PGA dengan diiringi Komander Briged Sarawak, SAC Dato' Khaw Kok Chin.

Selain barisan Komander Jabatan KDNKA, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Pemerintah dari Batalion 10, 11 dan 12 PGA.

8.1
Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menerima tabik hormat.

 
 
 
 

8.4
Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani memeriksa kawalan kehormatan.
 
 
 
 

8.5
Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menandatangani buku pelawat.

8.9
Sekitar mesyuarat "Commander's Call" Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bilangan 2/2019.

8.15
Bergambar kenangan di Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am.

ArticlePublished 26 Sep 2019 1.26 PMUpdated 15 Aug 2026 7.17 PM