Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cadangan Kawalan Sempadan Oleh Tentera Sepenuhnya Belum Diputuskan Kpn

Published: 23 Jun 2015 10.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 23 Jun- Perbincangan mengenai cadangan pertukaran kawalan sempadan kepada tentera sepenuhnya masih belum mencapai kata putus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cadangan-kawalan-sempadan-oleh-tentera-sepenuhnya-belum-diputuskan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:24 MYT

Kuala Lumpur, 23 Jun- Perbincangan mengenai cadangan pertukaran kawalan sempadan kepada tentera sepenuhnya masih belum mencapai kata putus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata sehingga hari ini hasil perbincangan, banyak persoalan yang timbul terutama dari segi perundangan.

"Contohnya kalau ada berlaku aktiviti penyeludupan, kuasa menangkap tidak ada pada tentera, jadi dalam hal ini masih perlu juga polis ditempatkan bersama.

"Jadi saya rasa banyak lagi masalah lain akan timbul, jadi kita masih lagi membincangkan mengenainya," katanya kepada sidang media selepas melancarkan filem "Bukit Kepong" versi digital definisi tinggi di sini, hari ini

Cadangan berkenaan disuarakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi awal Jun sebagai langkah drastik bagi membanteras amalan rasuah di sempadan.

Ketika ditanya mengenai cadangan supaya agensi tunggal diwujudkan bagi mengatasi gejala 'sogokan' di sempadan, Khalid berkata beliau serahkan perkara itu kepada pihak kerajaan.

"Jika kerajaan berpendapat elok wujudkan agensi tunggal, kami akan beri apa-apa input yang patut," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pada pandangannya negara sudah mempunyai badan penguat kuasa dan apa yang perlu adalah memantapkan sistem keselamatan sempadan.

Pemuda UMNO Kedah hari ini dilaporkan akhbar berbahasa Melayu tempatan, mencadangkan agensi tunggal seperti itu diwujudkan yang mempunyai fungsi sama seperti Border Protection Authority di United Kingdom.- BERNAMA

ArticlePublished 23 Jun 2015 10.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM