Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Buku Misi Pengaman Pbb Pdrm Abadikan Legasi Kepimpinan Dan Khidmat Bakti Wira Sang Saka Biru

Diterbitkan: 27 Jul 2026 1.26 PM Dikemas kini: 17 Sep 2026 11.51 PM
Kuala Lumpur, 27 Julai 2026 – Legasi kepimpinan, pengorbanan dan khidmat bakti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pentas antarabangsa kini diabadikan menerusi penerbitan Buku Misi Pengaman PBB PDRM, sebuah naskhah yang merakam sejarah penglibatan pegawai dan anggota PDRM dalam misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buku-misi-pengaman-pbb-pdrm-abadikan-legasi-kepimpinan-dan-khidmat-bakti-wira-sang-saka-biru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:28 MYT
Kuala Lumpur, 27 Julai 2026 – Legasi kepimpinan, pengorbanan dan khidmat bakti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pentas antarabangsa kini diabadikan menerusi penerbitan Buku Misi Pengaman PBB PDRM, sebuah naskhah yang merakam sejarah penglibatan pegawai dan anggota PDRM dalam misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bukan sekadar himpunan catatan sejarah, naskhah tersebut mengetengahkan pengalaman sebenar warga Pasukan yang menggalas amanah negara dalam persekitaran penuh cabaran, termasuk kawasan konflik, sekali gus menzahirkan komitmen Malaysia terhadap usaha mengekalkan keamanan dunia.

Peluncuran buku tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Hotel Royale Chulan, di sini, petang tadi.
Penerbitan naskhah ulung itu merupakan cetusan idea daripada bekas Timbalan KPN, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang kemudiannya direalisasikan melalui komitmen serta kerjasama warga PDRM. Usaha tersebut diterajui oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Penilaian Kompetensi), Bahagian Dasar Sumber Manusia Bukit Aman, ACP Ts. Dr. Sivabalan Suppiah bersama para pegawai Cawangan Istiadat, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Turut menyumbang kepada kejayaan penerbitan buku tersebut ialah kerjasama strategik dengan Yayasan Generasi Malaysia, Yayasan Pembangunan Buku Negara serta Pusat Penerbit Universiti Putra Malaysia yang diketuai oleh Profesor Fakulti Kejuruteraan UPM, Profesor Ir. Ts. Is. Dr. Mohamed Thariq Hj. Hameed Sultan.

Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid menyifatkan penerbitan buku tersebut sebagai satu dokumentasi rasmi yang merakam perjalanan, keberanian serta pengorbanan warga PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, naskhah itu juga menjadi rujukan penting dalam aspek pengurusan krisis dan kepimpinan strategik yang mencerminkan pengalaman warga PDRM ketika berdepan cabaran operasi dalam situasi konflik serta ketidaktentuan.

“Jadikanlah buku ini sebagai sebuah gedung pengajaran (lessons learnt) agar kebijaksanaan operasi yang terkumpul selama berdekad-dekad dapat diwariskan kepada generasi pelapis,” ujarnya.

Buku tersebut merakam sejarah penglibatan PDRM sejak tahun 1991 menerusi 13 misi keamanan antarabangsa PBB, selain memperlihatkan evolusi keupayaan Pasukan dalam menyumbang kepada keamanan dan kestabilan global.

Mengandungi 14 bab utama, naskhah itu menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan sejarah penubuhan dan peranan Unit Misi Pengaman PBB PDRM, proses latihan, cabaran operasi di kawasan konflik, pengalaman pegawai serta anggota yang terlibat, sumbangan pegawai wanita dalam misi pengaman, selain hala tuju penglibatan PDRM pada masa hadapan.

Pertanyaan lanjut berkenaan pembelian buku bersejarah itu boleh dirujuk melalui Yayasan Generasi Malaysia di talian 019-2091663 atau alamat emel ygmmalaysia@gmail.com.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, barisan Pengarah PDRM, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar serta bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Sri Huzir Mohamed.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

May be an image of dais and text

May be an image of clarinet, flute, violin, dais and text that says '@HAK @H @HAKMIOYLODR M DRM (ι AI 星者社屋 Royale RoyaleChulan Chulan KUALA 3. ม

May be an image of text

May be an image of dais and text May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 27 Jul 2026 1.26 PMDikemas kini 17 Sep 2026 11.51 PM