Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Buku Breaking The Chains Of Gangsterism Dokumentasikan Strategi Perangi Jenayah Terancang Di Sarawak

Published: 28 Oct 2025 2.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuching, 27 Oktober 2025 – Buku “Dato’ Tun Hisan Bin Tun Hamzah: Breaking The Chains of Gangsterism – A Strategy to Combat Crime in Sarawak” terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) mendokumentasikan usaha dan strategi Dato’ Tun Hisan Tun Hamzah dalam membanteras jenayah gangsterisme di Sarawak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/buku-breaking-the-chains-of-gangsterism-dokumentasikan-strategi-perangi-jenayah-terancang-di-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT


Kuching, 27 Oktober 2025 – Buku “Dato’ Tun Hisan Bin Tun Hamzah: Breaking The Chains of Gangsterism – A Strategy to Combat Crime in Sarawak” terbitan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) mendokumentasikan usaha dan strategi Dato’ Tun Hisan Tun Hamzah dalam membanteras jenayah gangsterisme di Sarawak.

Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), penerbitan buku tersebut turut mendapat sokongan penuh daripada Yayasan Generasi Malaysia, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pelancaran buku berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu majlis di Pustaka Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Buku hasil nukilan Setiausaha MCPF Sarawak, Encik Leonard Sabu itu menghuraikan mengenai ketegasan, kepimpinan dan pendekatan strategik Dato’ Tun Hisan dalam memerangi kegiatan gangsterisme, sekali gus membantu memperkukuh hala tuju PDRM dalam membanteras jenayah terancang di negeri Bumi Kenyalang.

Dato’ Tun Hisan yang juga penasihat khas penerbitan buku tersebut pernah berkhidmat selama 36 tahun dalam Pasukan sebelum bersara wajib pada Julai 2013. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Polis Selangor, Timbalan Ketua Polis Johor dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak.

Turut hadir dalam majlis tadi ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengelola YPBN, Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit serta barisan pegawai kanan polis.

Jurugambar: PDRM RMPTV

Buku Breaking The Chains Of Gangsterism Dokumentasikan Strategi Perangi Jenayah Terancang Di Sarawak

Buku Breaking The Chains Of Gangsterism Dokumentasikan Strategi Perangi Jenayah Terancang Di Sarawak

Buku Breaking The Chains Of Gangsterism Dokumentasikan Strategi Perangi Jenayah Terancang Di Sarawak

Buku Breaking The Chains Of Gangsterism Dokumentasikan Strategi Perangi Jenayah Terancang Di Sarawak
ArticlePublished 28 Oct 2025 2.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM