Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Tiga Anggota Empv Jspt Bantu Alihkan Van Ikn Alami Kerosakan Enjin

Diterbitkan: 04 Dec 2023 8.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Tiga anggota Unit Kereta Peronda Lebuhraya (EMPV) Sektor 6 Changkat Jering-Ipoh, Zon Utara 3, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah membantu mengalihkan sebuah van milik Institut Kanser Negara (IKN) yang mengalami kerosakan enjin di tengah jalan di Kilometer (KM) 260, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan), petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-tiga-anggota-empv-jspt-bantu-alihkan-van-ikn-alami-kerosakan-enjin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:20 MYT
Tiga anggota Unit Kereta Peronda Lebuhraya (EMPV) Sektor 6 Changkat Jering-Ipoh, Zon Utara 3, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah membantu mengalihkan sebuah van milik Institut Kanser Negara (IKN) yang mengalami kerosakan enjin di tengah jalan di Kilometer (KM) 260, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan), petang semalam.

Tindakan pantas Sarjan Mohamad Rodzi Omar, Koperal Ahmad Kesumamadja Asmawi dan Lans Koperal Abdullah Azri Rizal mengalihkan van tersebut ke bahu jalan adalah bagi memastikan pemandu van dan pengguna lain yang melalui jalan tersebut tidak mengalami sebarang kemalangan atau kesulitan.

Syabas dan tahniah atas sikap peduli yang dipamerkan ketiga-tiga anggota tersebut. Teruskan tugas cemerlang anda demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat sentiasa di tahap terbaik.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Link Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0w9iDFZUs91SNrEw8pM6vtWH1ot36kpNM63h6SZgenYeRK1929ZP7TT6aQaiiJxjal

Biarjasajadikenangan Video Pilihan Tiga Anggota Empv Jspt Bantu Alihkan Van Ikn Alami Kerosakan Enjin
ArtikelDiterbitkan 04 Dec 2023 8.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM